Uqasha Senrose Terkilan Diri Dilabel Playgirl

Seringkali bertukar pasangan selepas putus tunang dengan pelakon Pekin Ibrahim, Uqasha Senrose mengakui terkilan dengan mulut segelintir pihak yang melabelkannya sebagai wanita yang mudah bertukar lelaki atau pun playgirl.

BACA: Uqasha Senrose: Kami Belum Sampai Tahap Bercinta

“Saya bukan jenis yang suka bertukar-tukar pasangan seperti dikatakan sebaliknya percaya pada takdir. Saya kenal seseorang itu dalam satu masa dan tak pernah main kayu tiga. Saya ada terbaca di blog mengatakan saya playgirl. Saya sedih sangat kenapa sampai tahap itu tanggapan mereka”

“Itu bukan kehendak saya. Lagipun siapa tak mahu kekal dan bahagia dengan seorang sahaja,” katanya yang baru-baru ini dikaitkan pula dengan Iqram Dinzly. Bagaimanapun menurut pelakon ini, dia menolak tepi semua tohmahan yang mendatang.

“Teguran ke arah positif saya ambil sebagai bentuk pengajaran. Selebihnya saya serahkan kepada Allah. Buat masa sekarang, saya berkawan dengan semua orang. Siapa sangka, dari situ dipertemukan dengan orang yang sesuai dan serasi,” jelasnya kepada Harian Metro. (rtky/s)

×