fbpx

“Uqasha Senrose Macam Adik Saya Sendiri”

Baru-baru ini kecoh sebentar apabila sekeping gambar menunjukkan Uqasha Senrose berpegangan tangan dengan suami orang, Shah Iskandar viral di laman sosial. Menyedari kontroversi itu Shah yang juga hero terbaru Uqasha di dalam drama terbaru mereka menjelaskan bahawa hubungan mereka hanyalah seperti abang dan adik.

BACA: Demi Kerjaya, Uqasha Senrose Tak Kisah Dicemuh

“Saya menganggap Uqasha seperti adik sendiri kerana jarak usia antara kami. Malah, drama Syurgaku Tak Sempurna lakonan kami bukanlah gandingan pertama. Jadi, kali ini keserasian antara kami jadi lebih mudah. Boleh dikatakan, setiap kali berlakon, pasti timbul gosip sebegini”

“Takkan saya hendak menjalinkan hubungan cinta setiap kali terbabit dalam penggambaran. Isteri bagaimanapun ada bertanya, sama ada benar saya memimpin tangan Uqasha. Namun, dia tidak pula berfikiran negatif setelah mendengar penjelasan saya,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Mengakui statusnya sebagai suami orang membuatkan ramai orang membuat spekulasi sendiri sehingga ada mengatakan Shah dan Uqasha mempunyai hubungan istimewa. Mungkin mereka hanya berpegangan tangan sebagai adik beradik, bersangka baik sahajalah. (rtky/w)