Baru-baru ini perkongsian pelakon Uqasha Senrose menjadi perhatian apabila memuat naik video meluangkan masa bersama keluarganya.
Menerusi video itu, Uqasha turut meluahkan rasa syukur dapat berkumpil bersama keluarga tercinta serta mengatakan ianya merupakan penutup bagi tahun 2024.
BACA: Uqasha Senrose Nafi Perkahwinan Bergolak
“Allahuakhbar MasyAllah thank you Allah untuk segala yang ku lalui sepanjang 2024 ni sangat mematangkanku dan syukur sangat dapat kumpulkan semua keluarga yang aku sayang dan cinta tiada ganti di villa yang sangat la cantik masyallah. Penutup untuk 2024,” tulisnya.
Sementara itu, diruangan komen ada netizen tertanya-tanya mengapa tidak nampak kelibat suaminya, Kamal Adli dalam video berkenaan serta.
Tidak kurang juga, ada yang mendakwa mereka perasan Uqasha sudah lama tidak memuat perkongsian bersama Kamal namun mendoakan yang baik-baik buat pasangan itu.
Oktober tahun lalu, Uqasha mengakui terkilan dengan spekulasi bertebaran rumah tangganya dengan Kamal didakwa bergolak.
Uqasha mengakui pelik dan tertanya-tanya bagaimana khabar angin mengenai rumah tangganya didakwa sedang menghadapi masalah tersebar. Sementara itu, Kamal hanya ketawa mendengar gosip rumah tangganya dengan Uqasha bergolak.
Uqasha dan Kamal diijabkabulkan pada 5 November 2021. Pasangan itu dikurniakan cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira pada April tahun lalu.
SUMBER: Utusan Online