Ungku Ismail Cipta Aplikasi ‘Power Congak’ Untuk Anak

Lama rasanya tak dengar cerita mengenai pasangan selebriti Nad Zainal dan suaminya, Ungku Ismail. Baru-baru ini Ungku Ismail menjadi perhatian ramai apabila mencipta satu aplikasi.

Difahamkan, aktor tersebut mencipta satu aplikasi permainan berasaskan Matematik iaitu Power Congak.

BACA: Nad Zainal & Ungku Ismail Dipuji, Cipta Apps Untuk Kanak-Kanak Seawal 5 Tahun

@maskulinmy

Siapa sangka, aplikasi Power Congak yang dihasilkan Ungku Ismail pada mulanya hanya untuk latih anak sendiri dalam matematik, kini jadi perhatian ramai selepas dikongsi di TikTok. Ramai ibu bapa mula minta versi rasmi untuk dimuat turun demi bantu anak belajar dengan cara mudah dan menyeronokkan! #Maskulin #GayaHidup #UngkuIsmail #PowerCongak #MajalahMaskulin

? Best for video background music Chill Trap Hip Hop(837066) – KIh

Menerusi satu temu bual Maskulin, Ungku Ismail berkata pada awalnya aplikasi tersebut diberi nama Yim Genius dan dicipta untuk membantu anak lelakinya, Ibrahim dalam menguasai Matematik.

“Saya nak anak saya latih matematik setiap hari. Kalau nak latih matematik ni, kena buku banyak lah. Matematik nak power, senang je. Buat latihan banyak, tak ada cara lain.

“Saya boleh buat video game. Jadi apa yang saya buat, saya buat apps tu dalam bentuk animasi dan juga bunyi-bunyi jadi menarik minat Yim (Ibrahim) untuk dia buat (latihan).

“Dia akan ralit buat benda tu. Tahu-tahu je dia dah boleh buat tiga digit congak tambah tolak dalam masa 10 saat. Dia terus menang johan congak dekat sekolah,” katanya.

Pelakon berkelulusan dalam bidang kejuruteraan mekanikal itu berkata aplikasi tersebut telah dibangunkan olehnya setahun lalu namun mula tular selepas isterinya berkongsikan di TikTok.

“Bila Nad tunjuk, orang tengok, orang nak. Saya cari coding pula macam mana nak keluarkan dekat App Store dan Google Playstore,” katanya.

×