Suami kepada usahawan, Bonda Rozita Ibrahim meraih perhatian ramai setelah memuji kesihatan dan tenaga isterinya meskipun sudah memasuki usia 60-an.
Menerusi video tular di TikTok, suami Rozita berkata dia kagum dengan kesihatan dalaman isternya kerana sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat serta menjaga pemakanan sejak dulu lagi.
BACA: Bonda Rozita Didakwa Lari Bayar Upah Ubahsuai Rumah Mewah Di London
“Memang tak dinafikan dalaman awak begitu baik kerana awak mengamalkan penjagaan makanan yang teratur untuk kesihatan mungkin sejak 10 atau 20 tahun yang lalu,” katanya.
Sementara itu, suami Rozita berkata tenaga yang dimiliki isterinya itu seperti orang muda serta mendedahkan usahawan itu mampu berjogging selama dua jam.
Tambahnya lagi, abang kepada pelakon Rebecca Nur Al Islam juga berkata Bonda Rozita tidak sesuai hidup bersama lelaki yang banyak penyakit.
“Umur awak tua, tapi dalaman awak sihat. Dengan tenaga yang dimiliki juga bagus. Awak mampu berjogging selama dua jam.
“Kesihatan awak sangat bagus macam tak sesuai dengan umur awak. Kalau awak cari jodoh, awak tidak sesuai dengan lelaki yang tidak sihat. Tidak kisahlah umur di bawah dari awak, tapi kalau tidak sihat tak guna,” katanya.