fbpx

Ummi Nazeera Bakal Nikah 3 Ogos Ini

Menerusi akaun Instagram sebentar tadi, Ummi Nazeera telah mengumumkan tarikh perkahwinannya bersama tunangnya yang juga merupakan seorang doktor yang dikenali sebagai Dr Izzar pada 3 Ogos depan. Bagaimanapun majlis pernikahan tersebut akan dilangsungkan secara tertutup dengan dihadiri rakan-rakan sahaja.

BACA: Bercuti Di India Buat Ummi Nazeera Insaf

“Assalamualaikum dan salam sejahtera. Untuk makluman semua sahabat handai dan rakan taulan yang Ummi kasihi. InsyaAllah dengan izin Allah swt, majlis Ijab & Qabul Ummi dan Dr Izzar akan diadakan pada 3hb Ogos 2017 bersamaan 10hb Zulkaedah 1438 Hijriah”

“Majlis ini akan diadakan secara tertutup dan hanya akan dihadiri ahli keluarga terdekat sahaja. Majlis Resepsi sebelah Ummi akan diadakan dua kali, pada 5hb Ogos 2017 bersamaan 12hb Zulkaedah 1438 Hijriah dan pada 12hb Ogos 2017 bersamaan 19hb Zulkaedah 1438 Hijriah. Kad jemputan akan akan mula diedarkan pada bulan Jun,” tulisnya.

Terdahulu Pasangan ini telah bertunang juga dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan pada 11 Disember tahun lalu. Kedua-duanya berkenalan menerusi ibu pemuda terbabit pada sebuah majlis pada 29 Januari tahun lalu. Malah kata Ummi lagi, bulan Ogos sengaja dipilih mereka kerana ianya bulan kelahirannya yang ke 27 tahun. (rtky/w)