Pelakon Syazwan Zulkifly menjadi perhatian apabila tular satu podcast dimana dia memberikan pendapatnya mengenai zaman remaja masa kini dan generasinya dahulu.
Menerusi video dikongsikan, Syazwan berpendapat generasi zaman dahulu dilihat kuat dan tidak lemah kerana pengalaman yang dilalui mereka.
BACA: “Malu La Sikit Main Tuduh-Tuduh” – Syazwan Zulkifly Nafi Belasah Kekasih
@ceritamalamjumaat Budak Zaman Sekarang Lebih Lembik Dari Budak Zaman Dulu @Syazwanzulkifly Saksikan podcast penuh di Youtube Channel Cerita Malam Jumaat Episod 24 Episod 3 #ceritamalamjumaat #bukanceritabiasa #setiaporangadakisahnya #xoxo #podcast #malamjumaat #apacerita #ceritaapa #rajalawak #maharajalawakmega #bloodbrothers #jaki #zaki #kepeng #syazwanzulkifly
? original sound – Cerita Malam Jumaat – Cerita Malam Jumaat
“Mungkin mereka yang ada anxiety akan marah, tapi zaman dulu, generasi kita sebelum ni yang kalau balik sekolah lambat kena ikat dekat pokok, ada kerengga, ada ke kena bipolar atau anxiety? Saya rasa pengalaman macam tu yang buat mereka jadi kuat sampai sekarang,” katanya.
Sementara itu, Syazwan berpendapat generasi muda zaman sekarang sangat manja dan lemah sehingga cenderung mendiagnosis sendiri diri mereka dengan masalah anxiety.
“Sejujurnya, saya percaya budak-budak zaman sekarang memang lebih lembik dari zaman kita. Manja. Sikit-sikit cakap ada anxiety.
“Anxiety ni bukan satu, ada banyak jenis. Kadang-kadang orang yang sebenarnya tak ada pu rasa macam ada anxiety juga sampai kita dah tak percaya mereka yang betul-betul ada anxiety,” katanya.
Perkongsian Syazwan itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen dimana ramai yang bersetuju lebih-lebih lagi ada yang diagnos diri sendiri sehingga memberi stigma buruk pada penyakit tersebut.
Namun, ada yang berpendapat zaman dahulu tiada kesedaran mengenai penyakit tersebut dan sebaiknya jika berjumpa dengan doktor untuk mengetahui jika ada masalah berkenaan.