fbpx

(Twitter) Liyana Jasmay Sah Sedang Bercinta Dengan Aizat?

Berita Ini Ditaja Secara Eksklusif Oleh Revive Isotonik. Sertai Peraduan Rev-Up & Menangi Wang Tunai RM1,000 Secara Mingguan!

Sepatutnya kisah ini kami sampaikan tengah malam tadi. Tapi tidak mengapa.

Untuk ruangan ‘Selebriti Di Twitter’ hari ini, kita ada Liyana Jasmay yang kecil molek ini untuk di’gossipkan.

Al-kisahnya, kami sudah beberapa hari mengikuti kata-kata manis Liyana Jasmay di Twitter tentang kekasih hatinya.

Walaupun secara public, Liyana Jasmay tidak pernah bercakap apa-apa tentang soal hati & kekasih beliau, melalui Twitter, kami tahu yang Liyana Jasmay sedang hangat bercinta.

Cuma kami tidak tahu siapakah jejaka bertuah itu, sehinggalah Liyana Jasmay menulis ayat berikut malam tadi.

Apakah pertandingan yang terdekat? Ya, Anugerah Juara Lagu ke-24 hujung minggu ini & kami tidak rasa ayat ini keluar secara kebetulan.

Aizat berjaya menempatkan diri ke Anugerah Juara Lagu bersama dua buah lagu ‘Kau & Aku’ dan ‘Pergi’.

Sekarang, kita tunggu sahaja penjelasan Liyana Jasmay tidak lama lagi tentang ini. Kami juga harapkan Aizat mampu menang.