fbpx

Tunang Padam Gambar Hans Isaac Di Instagram?

Selamat bertunang pada awal Mac lalu, hubungan Hans Isaac dan tunangnya, Gabriella Robinson tidak habis dengan dugaaan. Paling terbaru menurut sumber Beautiful Nara, Gabriella telah memadam semua gambar Hans di akaun Instagram miliknya baru-baru ini.

“Dulu lepas Hans umumkan tunda kahwin, ada lagi gambar makan malam dengan keluarga. Lepas itu Hans dah pun padam gambar itu. Tinggal gambar lama saja. Kali akhir periksa Instagram Gabriella ada lagi gambar Hans, sekarang dah tak ada batang hidung Hans,” kata sumber terbabit.

Kalau masih ingat ketika berita pertunangan mereka dimaklumkan, bekas kekasih Gabriella tampil mendakwa dirinya ditipu wanita itu yang curang dengannya ketika beliau bersama Hans. Hal itu turut memberikan kesan kepada pasangan ini yang baru sahaja mengumumkan berita pertunangan.

“Secara peribadi, saya memang ingin membawa kes ini ke mahkamah tetapi Gabby tidak mahu memanjangkan lagi hal itu. Saya pun berpendapat, baiklah, tidak perlu memanjangkan hal ini, kalau orang hendak kacau kita, kita perlu kuat, bersatu dan cuba perbaiki masalah bersama”

“Tetapi benda itu saya rasa merosakkan sungguh biar pun betul atau salah, masyarakat tidak perlu buat perkara sebegitu kepada orang lain,” jelasnya kepada Malaysiakini sebelum ini mengenai perkara itu.

Apapun setakat ini masih tiada penjelasan dikemukakan dari pihak Hans mahupun Gabriella. Hubungan mana yang tidak penah dilanda badai bukan. Diharap segalanya dapat diselesaikan dengan baik. (rtky/w)