Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib beranggapan tuduhan menggunakan duit Perkeso untuk menunaikan umrah satu fitnah yang luar biasa.
Membalas komen netizen di Instagram, Shuib berkata tuduhan itu sudah terlalu jauh serta berharap semoga Allah mengampunkan dosa individu berkenaan.
BACA: “Kami Akan Lebih Peka Soal Kebajikan Pekerja” – Shuib
“MasyaAllah sedara, jauh sangat ni. Duit umrah pakai duit Perkeso? Semoga Allah ampunkan dosa awak ya, Fitnah luar biasa,” tulisnya.
Semalam, Shuib bersama pengarah syarikat Bubblebee Sdn Bhd iaitu Khoo Choon Guan didenda sebanyak RM17,500 oleh Mahkamah Mejistret Shah Alam semalam.
Syarikat berkenaan didenda atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tahun lalu.
Susulan berita itu, Instagram Shub dihujani dengan kecaman netizen sehingga ada yang mengaitkan dengan ibadah umrah pelawak itu baru-baru ini.
SUMBER: Kosmo