fbpx

Tun Mahathir Puji Keberanian Fathia Latiff

Nur Fathia merupakan salah seorang selebriti tanah air yang kini dilihat semakin berani menyuarakan pendapat berkaitan politik walaupun kadang-kadang apa yang diperkatakan oleh pelakon wanita ini adalah isu yang sudah berlalu.

BACA: Fathia Mahu Tenung Muka Remy Ishak Sampai Tertidur

Lebih menarik lagi, baru-baru ini bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr. Mahathir turut memuji keberanian Fathia dalam menyatakan apa pandangannya terhadap isu politik semasa.

“Bila kita diatas, orang sanjung kita mcm nak rak . Well, itu perkara biasa :) Tapi, bila kita sudah tua, atau jatuh, orang kata kita ni dah tak relevan, macam-macam mereka kata, kata kita ni nyanyok, kata kita gila, takdak akai, itu lah dinamakan kacang lupakan kulit yang sememangnya lumrah kehidupan,” tulis Fathia.

Sementara itu, Fathia turut berasa sebak apabila pujian tersebut datangnya daripada mulut Tun sendiri. Adakah Fathia akan masuk bertanding pilihan raya akan datang? Sama-samalah kita nantikna. (rtky/s)