“Tudung Tak Wajib, Tapi Tutup Aurat Yang Wajib”

Sejak minggu lalu hangat diperkatakan mengenai pelakon Fathia Latiff apabila mengatakan Zahirah MacWilson seperti bibik serta mengakui masih berdendam terhadap bekas kekasihnya, Aiman Hakim.

Terbaru, Fathia menjawab mengenai penampilannya yang dilihat tidak bertudung sepenuhnya dan dilihat hanya memakai topi atau hoodie sahaja.

BACA: “Saya Tak Cakap Zahirah Hodoh, Ada Je Bibik Cantik”

@fatiya.latiff

tudung bukan wajib menutup aurat itu wajib?maksud seakan sama tapi lain lain?apa pandangan korang??? #fatiyalatiff #fathialatif #bibik #viral #fyp #fatiyalatif

? original sound – FATIYA LATIFF – FATIYA LATIFF

Menurut Fathia pemakaian tudung bukanlah perkara yang wajib sebaliknya menutup aurat adalah kewajipan bagi wanita Muslim.

“Okaylah saya jadi ustazah lah kejap. Tudung tu bukan wajib tapi tutup aurat tu wajib. Bak kata ustaz ni dia cakap nak pakai timba dekat kepala pun boleh,” katanya.

Malah, Fathia turut memetik kata-kata seorang ustaz yang mengatakan wajib dalam menutup aurat dan mahu memakai timba di kepala pun boleh asalkan menutup aurat.

×