fbpx

“Tiz Zaqyah Banyak Cakap, Mesyuarat Tak Datang”

Presiden, Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi memerli luahan Tiz Zaqyah semalam sebagai satu tindakan sia-sia jika ianya hanya dilontarkan di media sosial. Menurutnya, sepanjang pihak mereka mengadakan mesyuarat, tidak pernah nampak kelibat selebriti itu hadir andai beliau mempunyai seribu satu masalah.

BACA: Zed Zaidi Digelar Penjilat, Macai Kerana Pertahan PM Najib

“Cakap senang, kita buat mesyuarat panggil semua pengiat seni tidak pernah nampak batang hidung pun. Kalau dia rasa berhadapan dengan masalah sila utarakan dalam mesyuarat nanti. Kalau banyak sangat complaint saya nak lantik dia jadi Ahli Jawatankuasa tahun depan. Jangan samakan kita dengan industri luar,” katanya kepada m Star Online.

Kenyataan Zed itu bagi mengulas luahan Tiz semalam di Instastory yang mengkritik dan mempersoalkan fungsi seniman yang tidak memberikan manfaat dan menjaga kebajikan selebriti tempatan. Selain itu, Tiz turut mendakwa perlu berdepan dengan pemikiran skeptikal orang ramai yang sering beranggapan golongan artis tidak berpelajaran tinggi.

Tambah Zed lagi, Tiz hanya pandai mencari kesalahan orang lain sahaja tanpa mengambil tahu kegunaan kad ahli Seniman yang turut dipersoalkannya. Malah katanya, antara usaha untuk mengelak persepsi orang terhadap artis yang dianggap bodoh ialah sediakan peluang untuk artis sambung belajar peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Utara Malaysia.

Kami pasti bukan itu maksud sebenar Tiz apabila menyuarakan luahan mengenai tanggapan orang mengatakan selebriti ‘bimbo’. Rasanya apa yang lebih tepat disini adalah kelakuan selebriti itu sendiri dalam menjaga maruah industri tempatan. Apapun mungkin Tiz boleh menyertai mesyuarat akan datang bersama Zed. (rtky/w)