Menerusi sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini, usahawan sensasi, Kak KM atau Liana Rosli menitipkan pesanan buat kaum lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat.
Menerusi video yang dimuat naik semula oleh pengguna TikTok, Kak KmM berkata lelaki yang tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali secara tidak langsung bukan Islam.
BACA: Kak KM Cuba Penuhi Impian Anak Nak Kereta Porsche Hadiah Hari Jadi
@user08428222
“Tiga kali kau tak pergi solat jumaat, kau dah bukan Islam ya. Ingat benda itu. Mana la tahu, sebelum solat kau dah ada niat tak nak pergi solat Jumaat, mati,” katanya.
Sementara itu, Kak KM berkata ada dikalangan lelaki yang tidak menunaikan solat fardhu serta tidak menunaikan solat Jumaat meskipun hanya seminggu sekali.
“Dah la solat fardhu pun tak buat, solat jumaat yang sekali dalam seminggu pun tak pergi. Bersedialah ke neraka,” katanya.
Perkongsian Kak KM itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang meminta untuk mendengar isi konten yang disampaikan bukan siapa yang menyampaikannya.
Tidak kurang juga, ada yang mengaitkan semula dengan tindakan Kak KM yang tidak menutup aurat serta mempersoalkan apa reaksi usahawan itu jika ada yang menegur dosa yang dilakukan.