Tiada persefahaman dan berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan antara sebab pelakon Diana Danielle memfailkan cerai sekali lagi terhadap suaminya, Farid Kamil hari ini.
Memetik Bernama, peguam syarie yang mewakili Diana iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader berkata dia dan anak guamnya sudah berbincang sebulan lalu yang memintanya bersiap sedia.
BACA: Diana Danielle Anggap Farid Kamil Zalim Jika Sukarkan Proses Cerai
“Permohonan cerai yang dibuat oleh Diana untuk kali kedua ini atas alasan Diana tidak boleh lagi hidup bersama dengan Farid, tiada persefahaman dan shiqaq berpanjangan atau pergaduhan yang tidak boleh dibaiki,” katanya.
Dalam pada itu, Akberdin berkata plaintif turut memfailkan permohonan rujuk susulan penceraian kali pertama yang berlaku antara pasangan selebriti itu pada 10 Ogos tahun lepas.
“Mereka telah rujuk pada 9 Sept tahun lepas, sebulan selepas bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bistari.
“Apabila sudah rujuk, ia perlu didaftar dan mahkamah akan keluarkan sijil rujuk sebagai bukti mereka sudah bersama semula sebagai suami isteri.
Sementara itu, Akberdin memberitahu ahkamah menetapkan sebutan kes bagi dua permohonan itu adalah pada 20 November depan.
SUMBER: Bernama