Tiada Persefahaman Punca Isteri Fikry Ibrahim Fail Cerai

Isteri Fikry Ibrahim iaitu Siti Khalizah Alihan hanya tunduk dan kelihatan sayu selepas sesi sebutan kes perceraian mereka pagi tadi.

Memetik mStar Online, Khalizah berlalu pergi selepas sejam melalui sesi berkenaan namun sempat memohon maaf kepada wakil media yang hadir.

BACA:Baru 4 Bulan Kahwin, Isteri Fikry Ibrahim Tuntut Cerai

“Saya minta maaf. Saya tak boleh nak beri apa-apa komen sekarang,” katanya.

Sementara itu, peguam syarie yang mewakili Khalizah berkata punca permohonan cerai dibuat kerana tiada persefahaman namun anak guamnya masih memberi ruang kepada Fikry untuk berdamai.

“Khalizah memfailkan cerai sekitar bulan lalu. Buat masa ini Khalizah masih beri ruang perdamaian,” katanya.

Mahkamah menetapkan sebutan kedua kes pasangan tersebut pada 10 September depan.

SUMBER: mStar Online

×