Genap sebulan pemergian ibu tercinta, Sabariah Arshad, pelawak Ali Puteh meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibunya yang meninggal dunia pada 30 September lalu.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Ali berkata dia masih membiasakan diri arwah ibunya kini sudah tiada dan kini tiada lagi tempat bermanja.
BACA: Ibu Arwah Abam Bocey, Ali Puteh Meninggal Dunia
“Genap sebulan mak pergi, rindu mak yang teramat rindu. Sunyi je tanpa mak. Dah tak ada tempat bermanja dengan mak. Doa angah sentiasa ada buat mak,” tulisnya.
Sementara itu, dalam satu hantaran lain, Ali meluahkan rasa rindu terhadap arwah abangnya, Abam Bocey. Menurut Ali, dia kini sendirian dan hanya kenangan sahaja yang tinggal.
Terdahulu, Allahyarham Sabariah Arshad meninggal dunia di Hospital Selayang pada 30 September lalu akibat serangan asma dan ditidurkan sebelum meninggal dunia.