Dikecam hebat berhubung isu ‘abang bas’, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkata dia menganggap ianya sebagai cabaran untuk mendidik masyarakat mengenai isu gangguan seksual yang semakin membimbangkan.
Memetik Kosmo, Uyaina berkata dia sudah lali dengan kata-kata cacian dan hinaan dan tidak kisah dilabel sebagai ‘terpaling’ lantang mengenai isu berkenaan.
BACA: Uyaina Arshad Syukur Dapat Menyusukan Anak Kedua
“Bukan nak kata sebab saya ada latar belakang dalam bidang undang-undang tetapi perkara ini tak perlu menjadi seorang peguam pun untuk suarakan.
“Benda ini hanya perlu pakai otak, isu ini sudah ada akta. Mengikut akta, apa yang Abang Bas lakukan itu adalah salah. Jadi siapa saya untuk dakwa sesuka hati sahaja?
“Saya cakap berdasarkan fakta. Nak cakap saya ‘terpaling’ terpulang. Saya hanya mampu sebarkan kesedaran sahaja,” katanya.
Sementara itu, Uyaina berkata lagi mana-mana individu yang terbabit termasuk abang bas layak mendapat pembelaan selagi belum disabitkan bersalah.
“Ini adalah hak undang-undang untuk semua orang. Alhamdulillah, ada peguam secara sukarela ambil kes tersebut dan ada yang mahu mendapatkan keadilan untuknya.
“Itu adalah hak asasi, semua orang harus diberi peluang untuk membela diri sendiri. Saya pun tak pernah jatuhkan hukuman kepada Abang Bas, biarlah mahkamah yang mengadili,” katanya.
SUMBER: Kosmo