fbpx

“Terima Kasih Ada Dengan Saya Dari Pakai Iswara”

Mengenali pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha, mereka begitu terbuka berkongsi tentang susah payah kehidupan mereka sebelum bergelar selebriti. Disebabkan itu peminat kagum dengan pasangan ini, dan semalam pasangan ini sekali lagi menarik perhatian ramai apabila Hairul memberikan ucapan cukup romantis buat isterinya sempena hari jadi.

BACA: Doa Hairul Azreen Buat Keluarga Belum Ada Anak Sebak

“Hari ni tarikh yang saya tak akan lupa, sebab ia sama dengan hantaran nikah kami , 9/10/90 sempena dengan kelahiran isteri tercinta! Terima kasih kerana sentiasa ada dengan saya dari saya pakai iswara, terima kasih sebab jaga makanan diet saya, terima kasih jadi ibu yang baik untuk Yusuf”

“Nak tulis panjang-panjang malu. Selamat hari lahir my love, Hanis Zalikha. Cantik tak i edit gambar ni?,” tulisnya menerusi akaun Instagram sempena ulangtahun kelahiran isteri tercinta.

Dalam ucapan itu, Hairul berterima kasih kepada isterinya yang sentiasa menyokong beliau dari zaman hanya memakai kenderaan Iswara sehingga kini sudah mampu untuk memakai kenderaan mewah. Rata-rata peminat juga turut sama gembira melihat kebahagiaan pasangan ini, selain menjadikan kisah mereka sebagai inspirasi untuk sama-sama berjaya.

Bagi peminat pasangan ini, pastinya mereka tahu Hairul dan Hanis sentiasa menjadi pasagan selebrti pilihan kerana sejarah percintaan mereka yang baik untuk dijadikan idol. Beruntung Hanis mempunyai suami yang sangat romantis dan penyayang. Semoga keluarga ini terus bahagia. (rtky/w)