Tayang Hidup Mewah, Artis Wanita Kini Dalam Pemantauan Bank Negara

Hari ini hangat diperkatakan mengenai seorang artis wanita yang masih muda dan cantik dikatakan dalam senarai dan pemantauan Bank Negara.

Memetik Utusan Online, artis tersebut juga dikatakan merupakan seorang pelakon turut menerima tawaran pekerjaan seperti rebiu produk atau menjadi duta dek kerana kecantikannya

Bagaimanapun, gaya hidup artis wanita berkulit gebu putih itu agak luar biasa sedangkan tawaran dan bayaran berlakon tidak seberapa.

“Ramai yang hairan, dia ini nak kata berlakon datang bertubi-tubi itu tidak juga. Bayaran berlakon pun rasanya tidaklah cecah ratusan ribu bukan untuk sekali ‘job’, betul tak? Bukannya artis gred A pun,” memetik Utusan.

Malah, artis berkenaan sejenis tidak segan menayang pada orang ramai dan di media sosial gaya hidupnya yang memang mewah.

Lebih mengejutkan, artis wanita itu dalam senarai pemantuan Bank Negara berkaitan dengan siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Bagaimanapun, Utusan berkata tidak dapat dipastikan sama ada artis tersebut telah disoal siasat oleh pihak penguatkuasa atau tidak.

×