fbpx

Pelawak Ali Puteh kini aktif dalam dunia perniaagan dengan menjual pakaian kanak-kanak serta minyak wangi di platform TikTok untuk menambah pendapatan.

Memetik mStar Online, Ali berkata dia tidak sangka dengan sambutan diterima daripada pelanggan kerana dia hanya menjual secara siaran live di TikTok.

BACA: Ali Puteh Sedih Tak Dapat Jumpa Anak Arwah Abam

Menurut Ali lagi, pelbagai barangan dijual olehnya namun dia memberi fokus dengan jualan pakaian kanak-kanak dan minyak wangi.

“Alhamdulillah sambutan diterima sangat memberangsangkan sejak saya mula berniaga bulan puasa dan Alhamdulillah tiada sebarang masalah setakat ini.

“Saya ambil pendekatan membuat jualan di laman sosial sebab saya ada anak kecil dan lebih mudah menggunakan laman sosial untuk berniaga.

“Macam-macam saya jual sebenarnya cuma buat masa ini saya memfokuskan pakaian kanak-kanak dan minyak wangi,” katanya.

Dalam pada itu, Ali berkata dia ada menerima tawaran berlakon namun kurang, Bagaimanapun, dia tetap bersyukur dapat ada rezeki dalam berniaga, Malah, Ali memberitahu dia kini sedang mencari lokasi sesuai untuk membuka kedai sendiri tidak lama lagi.

“Tawaran berlakon ada cuma kurang tapi rezeki berniaga Alhamdulillah dapat sambutan. Insya Allah akan buka kedai atas permintaan pelanggan yang mahu membeli secara terus pakaian dan minyak wangi,” katanya.