Pelakon Fattah Amin memaklumkan dia sudah merancang untuk membawa anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya ke taman tema kegemarannya di Tokyo Disneyland.

Memetik Utusan, Fattah hairan mengapa isu tersebut di bawa ke media sosial serta membuat perancangan supaya tidak bertindih dengan jadual persekolahan Fatima.

BACA: “Fatima Ke Yang Post Ni? Kenapa Daddy Video Call Tak Angkat?”

“Memang perancangan sudah ada tahun ini cuma Fatima terikat dengan jadual persekolahan. Bila tahu jadual persekolahan, bolehlah merancang, cuma itulah, boleh sahaja perkara itu disampaikan dengan WhatsApp,” katanya.

Sementara itu, Fattah berkata dia merancang untuk membawa bersama keluarga serta adik beradiknya untuk bercuti ke Jepun.

“Saya sebenarnya akan pergi dengan keluarga termasuk ibu, ayah dan adik-beradik,” katanya.

Baru-baru ini,  Fatima merakam video mengajak bapanya untuk bercuti ke taman tema popular dunia, Disneyland di Tokyo Jepun. Fatima dilihat memujuk Fattah untuk membawanya bersama datuk dan nenek untuk ke sana.

Sumber: Utusan Online

×