Tarik Balik Permohonan Maaf, Shuib Teruskan Saman John Dihani

Pelawak dan usahawan Shuib meneruskan tuntutan saman terhadap John Dhani selepas itu menarik balik permohonan maaf yang dimuat naik di Instagram serta melantik peguam untuk mewakili dirinya.

Memetik Kosmo, Shuib berkata peguamnya sudah pun menerima surat daripada peguam lelaki tersebut pada 10 Julai lalu dimana bertindak menarik balik permohonan maaf kepadanya.

BACA: John Dihani Mohon Maaf, Shuib Tetap Saman

Selain itu, pada tarikh tersebut John menyatakan dia tidak bersetuju serta menafikan semua fitnah yang dikeluarkan.

“Pada 4 Julai lalu dia membuat permohonan maaf di InstaStory, tetapi 10 hari selepas itu memadam kenyataan tersebut, malah peguam saya menerima surat daripada peguamcaranya membuat penafian.

“Apabila kita hantar surat dan dia nafi, kami teruskan saja prosedur ini. Itu yang dia nak. Dia pun sudah melantik peguamcara,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib berkata dia sudah menghantar saman tersebut semalam dan menegaskan sudah bersedia ‘turun naik’ mahkamah demi mendapatkan keadlian susulan fitnah dilemparkan terhadap dirinya dan arwah isterinya, Siti Sarah.

“Jika ada yang kata leceh mahu naik turun mahkamah, hakikatnya saya sudah bersedia untuk proses berkenaan. Saya tahu benda begini memakan tempoh panjang tapi demi dia, saya okey. Saya akan adakan masa untuk dia,” katanya.

Terdahulu, Shuib mengambil tindakan terhadap seorang pengguna media sosial selepas menuduhnya ahli organisasi Freemasonserta didakwa sengaja membiarkan Siti Sarah ditidurkan sebelum meninggal dunia.

×