Sejak kebelakangan ini perkongsian pelakon dan pempengaruh media sosial, Norrean Iman menjadi perhatian apabila memuat naik gambarnya mengenakan hijab.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Norreen turut memberitahu dia mula memadam gambarnya yang mendedahkan aurat di media sosial miliknya.
BACA: Norreen Iman Tampil Seksi Selepas Kurus
Menurut Norreen, ianya kenangan bermakna buat dirinya apatah lagi gambar bersama anak-anak dan suami serta memadam konten termasuk hal berkenaan kerja.
“Daripada 2,000 lebih menjadi 300 lebih hantaran. Banyak kenangan. Saya dan Razzi, anak-anak, kawan. Tak apalah simpan dalam hati jelah,” katanya.
Kata Norreen lagi, dia menangis ketika memadam semua kenangan tersebut namun tidak menyesal dengan keputusannya itu.
“Saya dah padam dan mengakribkan sebahagian hantaran. Semua kenangan, konten dan kerja. Saya menangis masa buat ini sebab rindu tapi tak menyesal,” katanya.
Melihat perkongsian terbaru, meskipun Norreen tidak menjelaskan sama ada sudah berhijab sepenuhnya atau tidak namun rata-rata netizen mendoakan agar pelakon itu kekal istiqamah dalam berhijab.