Semalam, Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-39 baru sahaja melabuhkan tirai dan sudah pasti apa yang berlaku sepanjang acara menjadi bualan di media sosial.
Termasuk reaksi anak kepada pelawak Shuib iaitu Talita dilihat yang menangis ketika persembahan Marsha Milan ketika mempersembahkan lagu Hening Rindu.
BACA: Shuib Bangga Hampir 4,000 Peminat Hadir Tonton Mini Konsert Talita
Di aplikasi X, ada netizen mempertikaikan apabila kamera menayangkan wajah Talita yang sedang menangis ketika persembahan Marsha.
Katanya lagi, dia mahu melihat Marsha menyanyi dan bukan mahu melihat orang lain sedih serta menggelar jurukamera berkenaan bodoh.
kurang juga, ada seorang lagi netizen menyifatkan reaksi anak Shuib itu sebagai berlebihan atau ‘over’.
Sementara itu, ada yang mempertahankan kanak-kanak itu dengan mengatakan mungkin lagu tersebut membuatkan dia teringatkan arwarh ibunya, Siti Sarah.