Takziah diucapkan kepada Mohamad Saidin Osman yang juga merupakan bapa kepada dua adik beradik, Sasha Saidin dan Zain Saidin yang menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam semalam. Menerusi Instagram, Sasha memaklumkan berita sedih itu kepada peminatnya.
BACA: Sasha Saidin Doakan Semoga Adik Bahagia Bersama Rozita Che Wan

“Saya ingin memaklumkan bapa saya Allahyarham Tuan Haji Mohamad Saidin Osman meninggal dunia pada 8.45 malam tadi. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan atas sokongan, doa dan ingatan. Al-Fatihah”
“Bapa saya adalah seorang lelaki yang baik. Dalam hidupnya dia sentiasa meletakkan orang lain melebihi dirinya sendiri dan saya percaya dia telah menjalani kehidupan yang baik,” katanya menerusi akaun Instagram semalam.
Melalui akaun media sosialnya juga, Sasha memberitahu bahawa bapanya telah dimasukkan ke hospital pada hari yang sama dan sejurus selepas itu kira-kira jam 8.45 malam bapanya didapati telah meninggal dunia. Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid As-Syakirin, Jalan Gombak pagi Rabu dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Ibu Kota, Danau. (rkty/w)