Seperti kebiasaan pelakon dan juga usahawan wanita ini melancong, pastinya busana yang diperagakan di sana cantik-cantik belaka dan baru-baru ini melalui perkongsian gambar di Instagram Annas Easkay mendedahkan Che Ta turut membawa 20 beg bersamanya.
BACA: Lagi Gambar Percutian Che Ta Sekeluarga Ke Eropah
“Tak sia-sia Che Ta bawak 20 luggage, beg tangan je dah 4 beg.Hehe,” memetik kembali caption Annas di laman sosial tersebut. Jika dilihatkan pakaian dan juga apa yang digayakan Che Ta ketika melancong, tidak hairan pun jika itu jumlah bag yang dibawanya.
Che Ta sebelum ini telah beberapa kali menjelaskan bahawa dia tidak pernah menghiraukan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya kerana terdapat pelbagai lagi perkara penting yang perlu diberi perhatian. Apa pun, semoga Che Ta dan keluarga selamat pulang ke tanah air. (rtky/s)