Isteri kepada pengarah Datuk Yusof Haslam iaitu Datin Patimah berkata dia memberikan sokongan penuh kepada menantunya, Puteri Sarah yang menyertai pertandingan Muzikal Lawak Superstar musim keempat (MLS4).
Memetik HibGlam, Patimah yang hadir menonton program tersebut secara langsung berkata dia tidak menyangka Puteri Sarah mempunyai bakat melawak.
BACA: “Insya-Allah, Kami Akan Berkumpul Semula” – Datin Patimah
“Saya tidak sangka dia boleh melawak. Tetapi sebenarnya dia di rumah juga kelakar. Lepas itu, dia yang menjadi bahan (usikan).
“Hari ini (semalam) saya hadir sendiri bersama kawan-kawan sementara Datuk Yusuf Haslam mempunyai urusan lain dan tidak dapat datang,” katanya.
Sementara itu, Datin Patimah berkata dia berusaha untuk hadir dan meluangkan masa untuk menonton persembahan Puteri Sarah setiap minggu.
“Insya-Allah jika diberikan kesihatan saya akan datang setiap minggu. Tetapi saya rasa menonton di televisyen di rumah saja mungkin sudah memadai nanti,” katanya.
Puteri Sarah bertanding dalam program bersama anggota kumpulan Gebu yang turut dianggotai oleh Mamak Puteh dan Ilham Abata.
SUMBER: HibGlam