“Tak Salah Bermimpi…” – Aina Abdul Impi Ke Anugerah Grammys

Penyanyi yang juga Bintang Paling Paling Popular ABPBH36, Aina Abdul berkata dia impikan untuk meraih anugerah terkemuka antarabangsa, Grammys.

Memetik Xtra, Aina berpendapat tidak salah untuk jika seseorang itu mempunyai impian besar untuk memenangi anugerah terkemuka antarabangsa.

BACA: Aina Abdul Dinobat Bintang Paling Popular ABPBH 36

Bagaimanapun, Aina berkata impian tersebut perlulah seiring dengan usaha dan dia percaya bahawa rezeki itu datang dari Allah bukannya dari manusia.

“Tak salah untuk bermimpi. Rezeki itu Allah Taala yang bagi rezeki bukannya manusia. Jadi beranganlah setinggi mana sekalipun, kalau  itu mahu berangan sampai ke tahap itu, ianya perkara yang bagus. Sekurang kurangnya beliau ada angan angan sejauh itu. Selebihnya adalah usaha,” katanya.

Sementara itu, Aina berkata dia turut mengimpikan untuk meraih anugerah muzik terkenal antarabangsa, Grammys.

“Kalau tanya, saya nak pergi Grammys. Dah tentu saya mahukannya namun ia adalah satu cabaran untuk saya. Macamana cara nak menghalakan karier kita ke arah sana. Namun pada saya, tak salah mempunyai impian yang besar,” katanya.

SUMBER: Xtra

×