Sejak kebelakangn ini, penampilan pelakon Zoey Rahman menjadi bualan ramai apabila wajahnya dilihat berbeza dengan rupa parasnya sebelum ini.
Memetik mStar Online, Zoey mengakui dia kini lebih yakin selepas melakukan transformasi pada wajahnya yang dilihat lebih muda daripada usia sebenar.
BACA: Netizen Tak Keruan Zoey Rahman Tayang Ketiak Di TikTok
Menurut Zoey dia enggan ambil peduli dengan apa yang diperkatakan orang ramai terhadap dirinya kerana apa yang dilakukan untuk kepuasan diri.
“Kita kena sentiasa positif dan sentiasa hidup sihat serta jauh daripada orang toksik, orang tak suka abaikan saja, itu dalaman tapi luaran kena la jaga cuci muka sentiasa okay.
“Muka kena jaga malah saya dalam perniagaan kosmetik kalau orang lihat muka berkedut nanti orang tak yakin pula dengan produk kita tu,” katanya.
Tambah Zoey lagi, apa yang penting baginya keluarga serta rakan-rakan menerima dirinya dan baginya tidak mengapa jika ada yang tidak sukakan dengan perubahan wajahnya itu.
“Saya tak peduli dengan apa yang orang nak cakap pasal saya, lagipun saya buat bukan untuk orang lain tapi untuk kepuasan diri, yang penting keluarga terima saya seadanya serta rakan-rakan pun okay dan terpulang kalau tak suka pun tak apa,” katanya.