Pelakon Datin Atikah Suhaime berkata dia mahu mendidik anaknya, Lyla Mulan Teh mengikut cara ibunya membesarkan anak-anak zaman dahulu.

Menerusi perkongsian di TikTok, Atikah berkata dia bukan dari keluarga senang  serta tidak pandai membeli barangan jenama mewah dan menganggap dirinya bernasib baik berkahwin dengan suami, Datuk Lukman Teh.

BACA: Atikah Suhaime Pertama Kali Beli Beg ‘Local Brand’, Tak Sangka Setanding Jenama Antabangsa

“Mungkin ramai tertanya-tanya kenapa cara saya humble jaga anak. Sebenarnya tak humble pun, saya ikut cara mama saya jaga anak dulu-dulu.

“Saya orang biasa sahaja, bukan lahir-lahir terus hidup senang. Jadinya memang saya tak pandai nak beli barang mewah.

“Lainlah kalau saya lahir dari keluarga macam suami, pandailah saya pakai barang brand. Cumanya saya bernasib baik sebab berkahwin dengan suami,” katanya.

Sementara itu, Atikah menyifatkan semua ibu diluar sana individu yang hebat serta berharap orang ramai tidak membuat perbandingan cara dia mendidik anak. 

“Jadi mungkin cara saya sedikit berbeza dengan orang lain. Walau macam mana pun, semua ibu hebat, tak kisah pakai barang berjenama atau tidak. Tidak perlu pun untuk membanding-bandingkan dengan orang lain cara mendidik anak,” katanya.

×