fbpx

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai kontroversi terpalit pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew. Namun Ebit memilih untuk berdiam diri dan dilihat tenang bercuti bersama keluarga.

Menerusi Facebook, Ebit sempat berkongsikan sekeping fotonya bersama isterinya bercuti di Langkawi. Ebit berkata akhirnya dapat bercuti bersama keluarga sebelum meneruskan misi bantuan.

BACA: Netizen Tunjuk Bukti Lelaki Dalam Video Lucah Memang Ebit Lew?

Sementara itu di Instagram, Ebit ada memuat naik video memaparkan dirinya bersama bidadarinya melakukan aktiviti menaiki jet ski di pulau peranginan di sana.

Dalam entri tersebut, Ebit meluahkan rasa syukur dipertemukan pasangan baik dalam hidupnya serta menitipkan nasihat supaya menghargai orang yang kita cintai kerana Allah.

“Bidadariku, baikkan Allah temukan kita. Dialah Allah yang temukan kita. Terima kasih Allah yang tak berhenti beri nikmat dalam hidup kita. Syukur pada Allah. Tak tahu nak ucap bagaimana.

“Hargailah orang kita cintai kerana Allah. Hargai keluarga. Bidadariku, abang akan terus memegang tanganmu sehingga mendapat Redha Allah.

“Hidup hanya untuk Allah sayang. Redha Allah. Kita tak hidup nak sukakan orang. Hanya untuk sukakan Allah. Maafkan semua orang. Doa keampunan,” tulisnya.

Semalam, kecoh di media sosial apabila penceramah bebas, perbualan lucah didakwa milik Ebit Lew. Menurutnya, pendedahan itu dibuat adalah permintaan daripada mangsa.