Penceramah bebas PU Syed dilihat memberi teguran secara terbuka kepada pasangan yang kini sedang hangat bercinta iaitu pempengaruh media sosial, Ameera Khan dan kekasihnya, Jefri Nichol.

Menerusi perkongsian di Instagram, PU Syed dilihat ada memuat naik video memaparkan Jefri mencium pipi Ameera serta memberi teguran dalam bentuk persoalan buat pasangan itu.

BACA: Netizen Istighfar Tengok Ameera Khan Dicium Kekasih

“Kalian berdua ni beragama Islam kan? Tak gerunkah kalian kpd Allah? Tiadakah didikan agama yg kalian berdua terima sehingga tidak langsung merasa malu atas perbuatan yg kalian lakukan.?

“Maruah ibu dan ayah serta keluarga kalian campakkan ke mana? Lebih- lebih lagi maruah agama Islam yg menitik beratkan ttg pergaulan lelaki dan perempuan yg bukan mahram!” katanya.

Sementara itu, PU Syed turut mempersoalkan adakah status sebagai public figure membenarkan mereka melakukan perbuatan yang ditegah agama serta mengatakan perbuatan tersebut jadi halal jika pasangan itu bernikah.

“Adakah alasan cinta atau adakah disebabkan kalian ini kononnya public figure, justeru membenarkan segala yang ditegah agama itu sewenang-wenangnya boleh dilakukan oleh kalian?

“Golongan seperti inilah yang amat merisaukan kita sebenarnya. Kalau dalam cerita Bidaah adanya watak walid yang gilakan wanita, bagaimana pula dengan kisah pasangan ini?

“Perbuatan ini boleh jadi halal jika kalian bernikah. Selepas itu, nak buat apa pun silakan selagi dibenarkan syarak, jangan asyik pergi sana sini tanpa sebarang ikatan yang sah. Cukup-cukuplah menabur dosa, malulah kepada Allah!” katanya.

×