Tak Dapat Hadir Acara Sekolah Fatima, Fatah Amin Minta Maaf

Pelakon Fattah Amin memohon maaf kepada anaknya, Nur Fatima Aisya kerana tidak dapat hadir ke acara sekolah untuk melihat persembahan tarian puteri kesayangannya itu.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Fattah berharap dia dapat bersama dengan Fatima pada hari tersebut namun dia kini berada di New Zealand menjalani penggambaran drama.

BACA: “Fattah Yang Lamar Saya..Lagi Pun Dia Ada Pengalaman” – Amira Othman

“Saya harap dapat berada disana bersama kamu, baby. Saya minta maaf. Daddy kena bekerja,” katanya.

Bagaimanapun, Fattah memberitahu dia bangga dengan pencapaian Fatima serta keberanaian untuk membuat persembahan di pentas serta meluahkan rasa sayang terhadap anaknya.

“Tapi ingat, Daddy bangga dengan Fatima dan akan sentiasa bangga. Sayang Fatima,” katanya.

Sebelum ini, Fazura dilihat ada memuat naik video memaparkan anaknya melakukan persembahan di acara sekolahnya.

Sumber: mStar Online

×