fbpx

Tak Cepat Marah Rahsia Wajah Cantik Izara Aishah

Baru saja melangsungkan perkahwinan pada November lalu, pasti ramai yang terpukau dengan kejelitaan Izara Aishah.

Miliki kulit putih mulus dan tidak bermasalah, pasti ramai yang nak tahu apa rahsia kulit cantik Izara.

Rupanya Izara ni jenis yang tak cepat marah. Orang selalu cakap kalau cepat marah nanti cepat tua. Memang betul pun. Patutla Izara selalu cantik je. Kami kongsikan tips kulit cantik Izara.

1. Sentiasa gembira

Kajian membuktikan, mood seseorang menunjukkan kesihatan kulit anda. Jika anda sentiasa gembira, kulit anda juga jadi lebih sihat. Bagi Izara, apa saja yang membuatkan dirinya gembira adalah sesuatu yang cantik.

2. Jangan cepat marah!

Bak kata Izara, jangan cepat marah kerana kata orang, mereka yang mudah marah akan cepat tua.

3. Sentiasa gunakan pelembap wajah

Nak kulit cantik senang je, gunakan pelembap wajah. Apa fungsi pelembap wajah ni sebenarnya? Mencegah kulit wajah menjadi kering, melindungi kulit dari sinar bahaya matahari, mengelakkan jerawat, mencerahkan wajah, menyegarkan wajah, menghaluskan kulit wajah dan mengcegah penuaan.

4. Amalkan pati buah prune

Tahukah anda buah prun yang berasal daripada buah plum kering itu mempunyai sumber serat dan pemakanan yang baik dan berkhasiat istimewa sebagai antioksida, antipenuaan, antikanser. Ia juga melambatkan proses penuaan tubuh dan otak.

5. Kurangkan penggunaan alat solek atau mekap

Bagi Izara, nak kulit cantik perlu kurangkan penggunaan alat mekap. Penggunaan alat mekap berlebihan menyebabkan risiko kanser kulit, masalah pernafasan, sakit kepala, tekanan dan kerosakan kulit.

6. Amalkan senaman menari

Menurut Izara, dia sangat gemar menari dan itu cara senamannya. Hampir setiap hari itulah rutin hariannya dan akan dilakukan dengan konsisten sekurang-kurangnya sejam sehari.