fbpx

“Tak Baik Pijak Duit, Pijak Iqbal InsyaAllah Baik”

Baru-baru ini tular video memaparkan usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkifli memijak wang kertas di atas lantai sekaligus mengundang kecaman dan kemarahan netizen.

Perkara itu turut mendapat perhatian pelakon Aeril Zafrel yang berseloroh memuat naik status di Twitter, lebih baik ‘memijak’ Iqbal berbanding duit.

BACA: Iqbal Dedah Kos Poster Lagu Hujan Bersamaan Harga Sebuah Honda Civic

Perkongsian Aeril itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang bersetuju dengan pelakon berkenaan meskipun hanya sekadar gurauan.

Malah, ada yang meninggalkan komen sindiran berbunyi,” “Seburuk mana pun Iqbal, sejahat mana pun dia, tolonglah kita sebagai manusia janganlah bersikap terlalu lembut dalam memaki. Kalau nak maki, maki betul-betul,” tulis netizen itu.

Terdahulu, Iqbal menjelaskan wang kertas yang bertebaran di atas lantai itu hanyalah wang palsu. Katanya lagi, tidak mungkin dirinya sebegitu dangkal hanya kerana dilihat memijak wang.

“Saya masih tahu batas adab. Masih tahu menilai baik dan buruk. Ketika itu, kami semua mahu cepat kemaskan studio. Oleh sebab terlalu banyak kertas bertaburan, saya dengan selamba cepat-cepat kemaskan menggunakan kaki. Tanpa terfikir ia dirakam dan kebetulan hanya muka saya seorang terpapar.

“Tiada daya saya untuk berkata lebih kerana video itu telah tersebar dan menjadi bahan hinaan orang. Saya maafkan bagi yang menyebarkan kerana visualnya memang tampak seolah-olah saya manusia tidak waras. Saya hanya berserah,” katanya