Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri berkata tiada wanita di dalam dunia ini boleh menerima dirinya dimadukan oleh suami mereka dan perkara itu melukai hati mereka.
Menerusi perkongsian di TikTok, Aiff turut menyifatkan mereka yang bermadu dan dimadukan adalah wanita hebat.
BACA: “Mahkamah Tak Bongok Nak Bagi Orang RM100 Juta” – Aliff Syukri
@abangterlajaklaris Apa jodoh pertemuan di tangan Tuhan.. menjadikan anda wanita hebat dan cantik luaran dan dalaman jangan lupa dapatkan juice perawan gold ..tgh ada pemosi.. beli di beg kuning.. #aisyahhijanah #aliffsyukri #alifteega
“Poligami tak haram sebenarnya, cuma poligami ni amat memedihkan dan menyakitkan oleh wanita. Tak ada wanita pun dalam dunia ni nak terima dirinya dimadukan. Sakit, pedih. Cuba kita ni sebagai seorang lelaki isteri kita tu ada dua suami, apa kita rasa? Benda bukan mudah untuk kita terima.
“Jadi kepada wanita dekat luar sana, nasihat saya untuk mereka yang bermadu dan berjaya dimadukan, anda seorang wanita yang hebat,” katanya.
Dalam pada itu, Aliff turut menasihatkan pada suami diluar sana agar setia dengan isteri kerana bukan mudah untuk berkahwin lebih dari satu.
“Tak semua wanita itu mampu untuk melalui detik ini, jangan kita pandang benda ini semudah oh senangnya jadi madu orang, mudah jadi isteri nombor dua.
“Nasihat saya kepada anda lelaki kat luar sana, kalau boleh setia satu isteri, kita setialah. Nak jaga dua isteri bukan senang.
“Satu pun ada banyak masalah apatah lagi dua. Tapi jodoh itukan hak milik Allah, siapalah kita untuk menidakkan.
“Dalam Islam sendiri pun mengatakan berpoligami itu dibolehkan cuma kenalah ada syaratnya, kalau rasa duit cukup, tenaga zahir dan batin tu cukup barulah boleh,” katanya.