Penyanyi Shila Amzah membuat laporan polis terhadap seorang penyanyi rock lelaki susulan diherdik secara kuat di hadapan orang ramai ketika sesi latihan sebuah konsert semalam.
Memetik mStar Online, sumber berkata kejadian berlaku secara tiba-tiba sebaik saja Shila selesai membuat persembahan apabila penyanyi rock itu dikatakan menghampiri Shila dan menjerit seolah memberi amaran.
BACA: Shila Amzah Diserang Penyanyi Legenda Ketika Sesi Latihan Konsert
“Aku dah lama cari kau. Tahulah apa nasib kau nanti,” jerit penyanyi lelaki itu.
Semasa kejadian ramai saksi yang berada di lokasi berkenaan dan Shila membuat laporan kerana rasa takut.
Sementara itu, polis mengesahkan menerima laporan berkenaan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Dang Wangi.
Sumber: mStar Online