Semalam industri hiburan dikejutkan apabila pengarah terkenal, Syamsul Yusof memfailkan cerai terhadap isterinya, Ira Kazar selepas hampir dua tahun berkahwin.
Susulan berita tersebut, ramai netizen berkumpul di ruangan komen Instagram bekas isteri Syamsul iaitu Puteri Sarah seolah meraikan kemenangan.
BACA: “Baru Perasan, Tak Ada Dah Cincin Di Jari” – Netizen
Ada netizen beranggapan apa yang berlaku sebagai kifarah selepas rumah tangga Puteri Sarah sebelum ini musnah. Kata netizen lagi, mereka yang teranaiaya akan dapat kebahagiaan.
Dalam pada itu, ada yang menitipkan pesanan kepada ibu dua cahaya mata itu agar tidak kembali semula ke pangkuan bekas suaminya itu.
Terdahulu, peguam Syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Rais mengesahkan anak guamnya memfailkan cerai terhadap Ira semalam di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.