Syifa Melvin Bengang Individu Samakan Muka Anak Seperti B***

Pelakon dan personaliti media sosial, Syifa Melvin meluahkan rasa bengang apabila ada individu menghina wajah anak lelakinya iaitu Saif Sulaiman seperti haiwan.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Syifa memuat naik komen individu berkenaan serta mengatakan dia tidak akan berlembut jika bertemu dengan individu yangmenggunakan nama Nur Lily Ilyani itu.

BACA: Syifa Melvin Rimas Isteri Suka ‘Spotcheck’ Telefon Suami

Sementara itu, Syifa turut meminta orang ramai membantunya untuk menjejaki pengguna disebalik akaun Instagram berkenaan.

“Aku syak dia yang macam b*bi. Bab anak aku, keluarga aku hang jangan sentuh. Hang sakit mental ka bukan masalah aku.

“Aku memang akan cari sampai jumpa. Hang budak ka, terencat akal ka, tak matang ka, mai sini aku ajar hang adab dan cara matang. Mungkin mak bapa hang tak ajar hang. Mengetaq dah nak ajar hang. Tolong Syifa cari,” tulisnya.

×