Setiap kali Syawal tak lengkap rasanya jika tidak bergambar bersama keluarga dan adik-beradik sebagai kenang-kenangan. Bagaimanapun, foto berbaur lucah dimuat naik oleh Syatilla Melvin yang dilihat memegang buah dada adiknya, Syifa Melvin mengundang kecaman netizen.

Rata-rata netizen menyifatkan tindakan itu sangat memalukan dan tidak senonoh lebih-lebih lagi ianya dilakukan oleh wanita bertudung.


BACA: Shaheizy Sam, Syatilla Pilih Nama Anak Sarima Samheizy

Kata netizen lagi sebagai seorang selebriti sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak muda dan meluahkan rasa bimbang jika tindakannya itu akan menjadi ikutan ramai.



Meskipun ramai yang terhibur dengan gambar tersebut, namun ada berpendapat tiada apa yang kelakar dengan foto tersebut kerana ia hanya menjatuhkan maruah kaum wanita.  Malah, ada yang meminta isteri kepada Shaheizy Sam itu memadam gambar tersebut.

Mungkin ada yang menganggap foto tersebut hanya gurauan semata-mata, namun ada netizen yang kurang senang dengan gambar tersebut. Apa pun diharap lebih berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu di media sosial.