Penyanyi Syasya Rizal memaklumkan secara tidak sengaja termakan daging khinzir ketika sedang bercuti di luar negara baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di TikTok, Syasya berkata dia fikirkan semua makanan di restoran tersebut adalah halal memandangkan terdapat label halal.
BACA: Syasya Rizal Raih CGPA 3.40, Netizen Gelar Beauty With Brain
“Itulah ingat label halal untuk semua makanan dekat situ. Rupa-rupanya specific untuk satu makanan saja.Pengajaran, selepas ini kena periksa betul-betul,” katanya.
Difahamkan, Syasya telah pun memadam video tersebut selepas beberapa jam ianya dimuat naik di laman TikTok miliknya.
Dalam video berkenaan, suaminya, Nasrullah Mohd Sapie bertanyakan kepada cef mengenai makanan di restoran tersebut.
Menurutnya, semua makanan daging di restoran berkenaan tidak halal serta meminta Syasya untuk tidak lagi menggunakan pinggan, sudu dan garfu yang digunakan sebelum ini.
Sumber: Gempak