Syarif Sleeq Selamat Timang Anak Sulung

Tahniah kami ucapkan kepada Syarif (bekas anggota kumpulan Sleeq) dan juga isteri, kerana telah selamat menyambut kelahiran cahaya mata pertama (bayi perempuan) pada 31 Disember lalu. Perkara tersebut dikongsikan Syarif di laman Instagram.

BACA: Syarif Sleeq Akui Janggal Bila Bergerak Solo

Syarif Sleeq Selamat Timang Anak Sulung

Bersyukur dengan kurniaan cahaya mata sulung tersebut, Syarif juga turut menulis mengenai betapa dia menghargai pengorbanan isterinya demi melahirkan anak pertama mereka.

Apa pun, semoga keluarga ini akan terus kekal bahagia dan sentiasa dilimpahi rezeki malah pastinya kehadiran cahaya mata baru ini akan lebih memberi sinar kepada Syarif sekeluarga. (rtky/s)

×