Syaiful Zero Rancang Bernikah Gantung Aidilfitri Ini

Menurut adik kepada Syaiful Zero iaitu Sharif, abang mereka merancang untuk bernikah dahulu pada Aidilfitri ini memandangkan rumah mereka di Sabah terlibat dalam kebakaran pada Jun lalu.

BACA: Rumah Keluarga Zero Hangus Terbakar Di Sabah

“Memandangkan ibu kami tinggal sementara di sini selepas semuanya kembali seperti sedia kala, kami akan menyambut Hari Raya di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum kembali ke Sabah untuk majlis pernikahan Syaiful di sana”

“Perkara ini bukanlah sesuatu yang dapat dijangka. Tindakan yang diambil oleh Syaiful itu juga adalah sebaiknya buat masa ini memandangkan kerja pembaikan hanya boleh dilakukan selepas raya,” jelasnya kepada Berita Harian.

Menurut Syaiful atau Atu, kini mereka empat beradi dan ibu tinggal bersama di Kota Damansara kerana melihatkan keadaan mereka yang terpaksa tinggal di penempatan sementara yang disediakan selain mengakui agak keberatan untuk meninggalkan ibu mereka di Sabah.

Semoga perancangan dan juga apa yang telah dijadualkan oleh kumpulan Zero akan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. (rtky/s)

×