Mengakui khilaf ketika sesi siaran langsung di Mahkamah Rayuan semalam, syarikat media memohon maaf kepada pelakon Bella Astlillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Menerusi satu kenyataan media, SinarPlus mengakui penyampaian mereka itu menyinggung perasaan sesetengah pihak serta segera memohon maaf sejurus selepas kejadian berkenaan.

BACA: “Saya Hadir Sebagai Seorang Sahabat” – Bella Astillah

“Kami memohon maaf kepada semua pihak, terutamanya kepada Bella Astillah, Syed Saddiq, Didi Angel Astillah, peminat BASS serta semua yang terkesan atas keterlanjuran penyampaian wartawan kami ketika siaran langsung dilakukan pagi tadi (semalam).

“Pihak kami mengakui bahawa terdapat kekhilafan dalam penyampaian yang telah menyinggung perasaan sesetengah pihak.

“Sejurus selepas insiden itu, wartawan kami dengan segera membuat permohonan maaf pertama ketika siaran langsung masih berjalan sebagai tanda kesedaran dan bertanggungjawab terhadap situasi ini,” tulis kenyataan itu.

@noratikah.suradi

moga mnjadi pgajaran buat kita juga..Allahumma..Lelaki tolong hormati kaum wanita?? #bass #bellaastillah #syedsaddiq #janda #wartawansinartiktok #sinarharian #viral

? original sound – Ikalumier7 – Ikalumier7

Sementara itu, SinarPlus turut berharap agar diberi peluang untuk perbaiki untuk terus memberikan konten yang lebih berkualiti di masa akan datang.

“Kami dengan tulus hati memohon agar orang ramai dapat memberi ruang dan peluang kepada kami untuk memperbaiki serta terus menyajikan kandungan yang lebih berkualiti, telus, dan bertanggungjawab.

“Sekali lagi, kami memohon maaf dengan setulus hati dan menghargai sokongan serta kepercayaan anda semua terhadap SinarPlus.” katanya lagi.

Sebelum ini, tular siaran langsung kedengaran seorang wartawan yang berkata ‘kiranya abang Utusan ni suka membela J lah’ ketika berinteraksi rakan media sekaligus menimbulkan rasa kurang senang netizen.

SUMBER: TikTok Sinarplus

×