fbpx

Suka Cari Publisiti Murahan, Fazley Yaakob Hilang Hormat Terhadap DSV

Susulan tular videonya menggelar penyanyi Anuar Zain sebagai gay, ramai yang mengecam usahawan kosmetik Datuk Seri Vida termasuklah penyanyi dan cef selebriti, Dato Fazley Yaakob.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Fazley memberi teguran pedas dengan tindakan usahawan itu serta mengatakan kekayaan tidak menjamin adab seseorang.

BACA: DSV Mohon Maaf Kepada Anuar Zain

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

“Kaya dan popular tidak menjamin adab dan tahap intelektual seseorang kan? Sesetengah dari kita diduga dengan kemiskinan dan kepayahan hidup agar kita kekal berusaha dan kekal dalam iman walaupun dalam serba kekurangan,” katanya.

Kata Fazley lagi, kehidupan Vida yang kaya, mewah serta popular menyebabkan usahawan kosmetik itu lupa diri sehingga tergamak merosakkan imej seseorang.

“Sebahagian dari kita pula diduga dengan kekayaan, kemewahan dan populariti namun mereka lupa diri dan semudah itu mencari salah orang lain dan melabel orang lain dengan kata-kata yang boleh merosakkan imej seseorang,” tulisnya.

Diakhir perkongsian itu, Fazley turut berkata dia sudah hilang rasa hormat terhadap usahawan itu yang semakin buang tabiat.

Semalam, menerusi satu video dikongsikan di Instagram, Vida memohon maaf secara terbuka kepada Anuar Zain serta keluarga penyanyi itu dan kepada semua pihak yang terguris hati dengan video tersebut.