Hari ini hangat diperkatakan mengenai satu berita mendakwa bahawa seorang penyanyi menawarkan perkhidmatan urut di beberapa platform termasuk aplikasi mencari pasangan sejenis.

Difahamkan penyanyi tersebut yang juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid menawarkan khidmat tersebut di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu sebelum ini.

BACA: Suhaimi Saad Tubuh Kumpulan Nasyid Bersama Isteri, Anak-Anak

Selebriti itu didakwa menawarkan perkhidmatan berurut penuh berharga RM50 manakala ‘batin’ pula adalah pilihan pelanggan sendiri.

Terbaru, menerusi satu perkongsian di Instagram, bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad menafikan khabar angin mengitkannya dengan servis seks sesama lelaki. Suhaimi turut meminta agar orang ramai berhenti menyebarkan berita tidak sahih itu.

Dalam pada itu, Suhaimi mengakui membuat kerja sambilan sebagai tukang urut, malah seluruh keluarnya mengetahui bahawa dia seorang tukang urut.

“Kau aibkan aku untuk jatuhkan aku padahal itu hanya akan menaikkan nama aku sedangkan kau tetap di situ menghimpunkan dosa beribu,” katanya.