fbpx

Sufian Suhaimi Pula Menggatal Di Bigo, WeChat?

Jika sebelum ini Shukri Yahaya telah terpalit dengan kontroversi melibatkan seorang model sambilan yang dikatakan cuba menggodanya di WeChat, kini muncul pula individu yang menyatakan bahawa Sufian Suhaimi turut terlibat dalam situasi yang lebih kurang sama.

BACA: Shukri Yahaya Goda Wanita Di WeChat?

Menurut pemilik akaun Twitter HazieqRefff, perkongsian tentang perkara tersebut berlaku di awal Ramadan baru baru ini.

Menggunakan akaun Bigo Live dan WeChat isterinya, dia mendakwa selain berkongsi gambarnya, Sufian turut menghubunginya melalui panggilan video.

Sementara itu, bagi Sufian Suhaimi pula, dia menyatakan bahawa dia tidak mempunyai akaun laman sosial berkenaan selain menjawab dengan tenang bahawa kemungkinan gambar dan juga screenshot rakaman video tersebut adalah daripada sesi Live di Instagram.

Entahlah, hanya tuan empunya badan mengetahui perkara sebenar kerana kedua dua belah pihak menyatakan bahawa mereka berada di pihak yang benar. Namun tidak dinafikan, perkara sebegini mampu mencalar kredibiliti selebriti lebih lebih lagi ketika sedang berada di puncak kerjaya. (rtky/s)