Baru-baru ini, Aiman Tino mengakui dia sukar untuk menyanyi dan menyawal suara. Lebih parah suaranya sering hilang setiap kali mahu membuat persembahan.
Malah ketika membuat persembahan minggu lalu, suara Aiman juga kedengaran sedikit berubah dari suara asal.
BACA: Aiman Tino: SPM Bukan Penentu Kejayaan Hidup
Menurut Aiman, perkara ini terjadi sejak Jun tahun lalu dan dia sudah mendapatkan bantuan doktor pakar namun tiada sebarang perubahan positif.
“Sebenarnya sudah lama perkara ini berlaku, cuma Aiman tak mahu beritahu orang. Saya dah tawakkal guna cara perubatan doktor namun tidak jadi apa-apa juga. Insyaallah selepas ini saya akan merujuk kepada ustaz yang akan bantu saya untuk rawatan tradisional”, katanya kepada Suria.
Selain itu, dia sering mengalami sakit-sakit badan. Jika dulu dia mampu untuk menyanyikan beberapa buah lagu dalam satu persembahan, namun kini sukar untuk melakukan sedemikian.
Apabila ditanya ada kemungkinan dirinya terkena buatan orang, Aiman hanya mahu memikirkan perkara yang baik-baik sahaja.
“Saya cuma berfikir baik dan positif. Saya cuma tawakkal. Bila berada dalam industri ini, benda tak mustahil kalau ada orang nak buat. Cuma saya elak untuk berfikir siapa yang buat, saya cuma nak pulihkan diri saya”, ujarnya