Suami kepada pelakon Zahnita Wilson akan didakwa di Mahkamah Majistret esok, atas tuduhan berkaitan keganasan rumah tangga.
Memetik Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.
BACA: “Lelaki Sejati Tak Akan Naik Tangan Ke Wanita” – Anzalna Nasir
“Selain itu, suspek juga akan berdepan pertuduhan tambahan berkaitan kes urin positif narkotik,” katanya.
Selasa lalu, Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman mengeluarkan perintah reman terhadap suami Zahnita selama tiga hari selepas ditahan pihak polis.
Terdahulu, perkongsian Zahnita mengejutkan ramai apabila memuat naik gambar memaparkan bahagian matanya lebam dan menjadi sebab dia meninggalkan rumah.
SUMBER: Harian Metro